“No Matter Where You Are In Life, Inspire The Women Around You. Success is Sweater When Shared..” Kata- kata hikmat yang dipegangnya ini memberi seribu satu makna dalam perjuangan bisnes bagi pengasas LAVMOR, Azean Aziz. Beliau merupakan seorang wanita korporat yang berkecimpung dalam pelbagai bidang perniagaan. Berdasarkan pengalaman beliau selama 15 tahun dalam sektor Pelancongan, Teknologi Hijau, Kecantikan dan Kesihatan, beliau telah menerima pengiktirafan dari ‘SME 100 Malaysia’s Fast Moving Companies’ pada tahun 2016 di bawah syarikat miliknya iaitu Solar Empire Wealth Sdn. Bhd. Berbekalkan semangat yang tidak mudah putus asa, pada awal tahun 2017 beliau sekali lagi telah dinobatkan untuk menerima anugerah ‘Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2017’ dari Niaga Times bagi kategori Wanita Cemerlang Dalam Perniagaan.
Lahirnya LAVMOR Keterlibatan beliau untuk mengeluarkan produk sendiri terutamanya dalam industri kecantikan dan kesihatan adalah disebabkan oleh desakan dari kaum keluarga dan rakan perniagaan selepas menilai prestasi kejayaan beliau dalam perbagai bidang yang diceburinya selama ini . Beliau sentiasa menekankan aspek kualiti dan kesan jangkamasa panjang terhadap sesuatu produk yang baru hendak diperkenalkan dalam pasaran. Selepas membuat kajian yang mendalam terhadap permintaan dan keperluan masyarakat masa kini, akhirnya Azean mengambil keputusan untuk mengeluarkan produk kesihatan peribadi demi untuk memastikan kesihatan dalaman wanita terpelihara terutamanya dari kepelbagaian dan lambakan produk yang terdapat kandungan bahan kimia yang tinggi di pasaran.Kualiti, kesan serta kepercayaan pengguna adalah keutamaan buat LAVMOR. Harapan LAVMOR Adalah satu anugerah buat wanita-wanita yang mendambakan bukan sahaja kecantikan, malah kesihatan dalaman buat orang yang tersayang. Aset wanita yang ada cuma satu, maka itulah yang wajib di jaga serapi-rapinya, dan ia bermula dari zaman anak dara lagi, maka Azean mempunyai visi dan misi yang besar dalam membawa LAVMOR ke satu peringkat yang lebih tinggi di mana ia dapat membantu memperkasakan wanita dalam industri kesihatan, kecantikan dalaman dan seterusnya menjadikan mereka Usahawan yang berdaya saing dan berilmu. Lavmor juga amat menghargai kehadiran kaum Adam untuk bersama-sama menggembleng tenaga dan buah fikiran dalam mengembangkan perniagaan ini secara meluas ke persada antarabangsa.Keunikan dan keberkesanan yang terdapat pada produk Lavmor tidak perlu diragui kerana syarikat akan sentiasa memperbaiki kualiti produk seiring dengan teknologi terkini untuk membawa satu revolusi baru dalam industri kecantikan dan kesihatan di Malaysia. Kepada anda yang menyertai LAVMOR, selamat datang kami ucapkan.
“To KNOW us is to LOVE us…MORE ..!!
CEO - MARKETING & DEVELOPMENT MOHAMAD HAMIM HANAPI
“Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang negatif. Sebaliknya mereka lebih bersemangat dalam menumpukan perhatian untuk mencapai matlamat dan impiannya.”
CEO DI USIA MUDA Pengalaman beliau yang meluas sejak terlibat dalam industry jualan langsung atau network marketing sejak usia 18 tahun lagi, Hamim diberi kepercayaan untuk menggalas jawatan Chief Executive Officer (CEO). Amanah serta tanggungjawab yang diberi secara langsung menzahirkan betapa tingginya hasrat syarikat menaruh keyakinan terhadap kepimpinan beliau untuk mencorakkan hala tuju syarikat dalam bidang yang diceburinya. Berasaskan pengalaman beliau bermula sebagai pengedar bebas dan tidak kurang dari sepuluh (10) tahun terlibat dalam bidang pengurusan , serta pernah menjadi ‘trainer’ dan ‘motivator’ bukan sahaja di peringkat local tetapi beliau juga terlibat sebagai pakar motivasi di syarikat-syarikat antarabangsa terutamanya kepada peserta-peserta yang terlibat dalam industri jualan secara langsung ini. Sebagai pakar motivasi dan trainer beliau telah berjaya menempa nama dengan melahirkan ramai usahawan-usahawan melalui modul perniagaaan yang diterapkan dan diasaskan beliau sendiri berpandukan pengalaman beliau yang sukar ditandingi. Berbekalkan falsafah hidup dan semangat yang kental untuk tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa berhasrat untuk berkongsi pengalaman beliau selama ini, akhirnya beliau berjaya menghasilkan dua buah buku bertajuk “One Million Guide” dan “Dunia MLM” yang menjadi bahan rujukan ramai peserta industri ini.
HARAPAN DAN IMPIAN Hasil dari kombinasi pasukan pengurusan yang mantap lagi jitu dalam semua posisi, membuatkan beliau tertarik untuk bersama-sama dengan pengasasnya dalam melebarkan sayap LAVMOR ke persada antarabangsa. Adalah menjadi harapan beliau untuk menyahut cabaran dalam usaha menghasilkan usahawan bertaraf jutawan melalui platform yang bakal dikembangkan beliau iaitu ‘Lavmor Success Centre’. Dengan tercetusnya idea ini maka akan terbinalah satu lagi platform bagi menyediakan ruang kerjaya professional bertaraf ‘worldclass’ kepada mereka yang ingin meningkatkan kerjaya bersama Lavmor seiringan dengan visi dan misi syarikat untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang bukan hanya setakat mampu bersaing dan berdikari, tapi menjadi insan yang dapat menyumbang kearah kehidupan masyarakat yang lebih dinamik, progresif dan yang cintakan pengunaan bahan organik dan semulajadi. Amin. ‘Ketuklah pintu LAVMOR dan bukalah ia, lihat dan masuk didalamnya, pasti keluar sarat dengan impian. Disitu wujudnya Lavmor’ – Hamim Hanapi
COO – OPERATION AND STRATEGY ALI CHE ADNAN
“ Together we CREATE the FUTURE…Enhancing lives by building PEOPLE…”
Beliau bukanlah merupakan calang-calang individu yang baru hendak berjinak-jinak dalam industri jualan secara langsung ini. Pengalaman yang ditimba beliau selama lebih dari 30 tahun bermula sejak dari tahun 1988 lagi sebagai pengedar, telah melayakkan beliau diiktiraf sebagai ‘SIFU’ yang tiada tolok bandingnya dalam industri ini. Pengalaman beliau mencipta kejayaan bersama syarikat-syarikat ‘multi-international’ dalam pengurusan tertinggi yang disandangnya selama ini sebagai ‘International Marketing Director’ telah membuatkan beliau menjadi aset utama dalam pengurusan kanan syarikat, terutamanya dalam Perancangan Strategi & Operasi syarikat. Berpaksikan visi dan misi syarikat yang seiringan dengan hasrat dan tuntutan naluri beliau yang ingin melihat penglibatan ekonomi kaum Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi akhirnya membuatkan beliau bertekad untuk turut bersama berkongsi pengalaman dalam membangunkan Lavmor ini dalam usaha merialisasikan impian syarikat. Beliau sentiasa berpegang kepada usaha ‘team works’ dalam setiap organisasi yang disertai beliau. Justeru hasil gabungan yang mantap, telah membuatkan beliau tertarik untuk menyuntik idea dan melangkau lebih jauh lagi dalam memasarkan produk ‘Lavmor’ ini. Adalah menjadi harapan beliau dengan berbekalkan puluhan tahun pengalaman yang ditimbanya, ia dapat dimanfaatkan dan dikongsi bersama dalam melahirkan lebih ramai lagi usahawan Bumiputera yang bukan sahaja dapat mengecapi akan nikmat peningkatan ekonomi tetapi dapat juga memberi nilai tambah kepada seluruh masyarakat amnya. “Yang membuatku terus berkembang adalah tujuan-tujuan hidupku” – Muhammad Ali.
LAVMOR CORPORATE AMBASSADOR Dame Hjh Ramziah Hj Ahmad (AMN, PJK)
Dame Hjh Ramziah Hj Ahmad menjawat pelbagai tugas dan bukan orang asing untuk memegang pelbagai jawatan sepanjang kariernya. Beliau kini merupakan Presiden Persekutuan Jururawat dan Bidan Komanwel. Beliau adalah Dekan Fakulti Kejururawatan, Kolej Sains Perubatan Universiti Allianze, Pulau Pinang dan Dekan Fakulti Sains Sejagat CVT Sdn Bhd.
Beliau adalah bekas Presiden Persatuan Jururawat Malaysia, jawatan yang dipegangnya dari 2006 hingga Mac 2014. Beliau adalah jururawat pertama Malaysia yang diterima sebagai ahli lembaga Juruperunding dan Persekutuan Bidan Komanwel, rantau Asia - yang pertama dalam 26 tahun - dan telah memegang jawatan antarabangsa sejak tahun 2009. Beliau adalah penceramah antarabangsa, telah dijemput untuk bercakap di banyak benua mengenai pelbagai isu kejururawatan, dan dia telah mengambil bahagian dalam dua perdebatan antarabangsa.
Dame Ramziah adalah wanita Malaysia pertama yang dianugerahkan gelaran 'Dame', pengiktirafan antarabangsa yang bersamaan dengan gelaran 'Sir'. Beliau menganggotai lembaga pengarah untuk CVT Sdn Bhd dan merupakan ahli lembaga Oxford Fajar Sdn Bhd. Anggota lembaga Lembaga Jururawat Malaysia yang lalu, beliau juga merupakan Presiden Hydrotherapy Ice Malaysia.
Seorang ahli jawatankuasa bagi Yayasan Kejururawatan Malaysia, beliau berkhidmat di Kementerian Kesihatan (KKM) untuk 35 tahun yang mengagumkan, dengan kedudukan terakhir sebagai Matron di Institut Pengurusan Kesihatan, KKM sehingga 31 Mei 2010. Pada masa itu, beliau adalah seorang jurulatih , penyelidik kebangsaan dan Perunding Pengurusan Ward. Kementerian Kesihatan telah menganugerahkan Penyelidik Jururawat Terbaik dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali, dan dia memenangi Speaker Terbaik Impromptu dari Akademi Bercakap Awam. Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
Beliau adalah Jurulatih Profesional UK yang disahkan dan dilatih di Pengurusan Sumber Manusia United Kingdom. Beliau juga telah dilatih di bawah perunding WHO dengan 8 hospital untuk Pengurusan Hospital di Adelaide, Australia.
Dame Ramziah memperoleh kedua-dua Pentadbiran Kejururawatan Lanjutan dan Sarjana Muda Sains Kejururawatan (Hon.) Dari Universiti Malaya. Dia terus mengemas kini dengan kerap menghadiri kursus pendek di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga telah menerima Anugerah Ahli Aktif dari Sistem Penjagaan Kesihatan A.S..
Dame Ramziah adalah pengasas, jurulatih utama, penceramah dan perunding antarabangsa yang dahulunya dikenali sebagai De Ram Training & Consultancy. Sekarang dia penjenamaan semula dengan nama baru Dame La Rich Training & Consultancy. Dia melakukan latihan pada topik yang berkaitan dengan kemahiran lembut yang ditetapkan dalam bidang kepemimpinan, pengurusan, pengucapan awam, motivasi, wanita dan kesihatan. Isu. Pada 27 Oktober 2015 dan 10 Mac 2016, dia adalah tetamu Queen Elizabeth di St James Palace London.
Dalam satu tahun terakhir, beliau terlibat dalam latihan ibu tunggal, siswazah tanpa pekerjaan dan belia, termasuk orang bukan akademik. Beliau adalah ahli Exco Persatuan SLDN yang berpangkalan di Jabatan Kemahiran Malaysia. Pelantikan terakhirnya adalah sebagai ahli jawatankuasa jawatankuasa kebajikan dan kebajikan Persatuan Jururawat Malaysia 92016-2018)